Friday, December 9, 2011

U lah sangat kan

Di pagi Jumaat yang mulia ini, sambil dihimpit assignment yang bertimbun, seraya mendengar lagu Kotak Hati, aku menghadap laptop. Membiarkan diri kita khayal dalam alam maya adalah sesuatu yang waras, especially bila assignment tu kena hantar hari Ahad ni.

Aku masih tak biasa bersekolah berseuniversity pada hari Ahad. Demn.

Ni 1st time aku berjauhan dengan femili untuk jangka masa panjang. Memula tu rasa pelik sikit, and then aku makan, then aku sakit perut, and then pergi tandas. Eh eh kenapa macam tak senonoh je kronologi ni? Mula balik. Memula tu ada la rasa rindu sikit. Tapi bak kata orang, masa pengubat yang mujarab. Orang-orang sini ramai yang baik, atau mungkin terlalu baik. Ada sesetengah orang ni, bila aku cakap ape-ape je, mesti dorang gelak. Memula tu aku rasa pelik sikit, and then aku makan eh eh tak. Bagus la dorang ni, hepi go lucky sokmo. Tapi aku tak selesa. Ataupun aku yang tak dapat menerima keadaan seadanya. Lantaklah. Time will tell.

Hidup di sini tak macam sekolah dulu. Kat sekolah, perempuan dan lelaki bagaikan bercakap bahasa yang berbeza. Kat sini, mereka semua fasih dalam bahasa rojak. Semua orang bergaul ikut suka hati je. Apakejadah semua ni? Kalau duduk semeja tu, normal la. Nak "stadi" katanya..Tapi ni siap sentuh-sentuh yang bukan mahram. Tapi perkara yang paling aku takut ialah, budaya ni secara tak sedar sedang menular dalam diri aku, dan perlahan-lahan menjadikan aku berfikir yang perkara ni normal. Takut juga. Ya lah, manusia ni mudah terpengaruh. Ke..aku je yang macam tu? Ok fine..tak paksa korang mengaku pun.


Mungkin perkara yang paling aku rindu ialah suasana kat tempat asal aku. Ye lah, tempat tinggal aku tu takdelah bandar sangat, takdelah kampung sangat. Tapi aku sentiasa rasa cukup di sana.

Ya, cukup. Segalanya cukup.


Sunday, November 13, 2011

Apa itu Masa Silam?

Bayangkan scenario ni : Lu orang tengah berjalan sambil bersiul lagu pebret korang. Mood korang sangat baik; rasa macam baru lepas makan kerang bakar kat tepi laut. Tetiba je korang teringat akan perkara dulu yang sangat memalukan bagi korang. Lepas tu muka tertunduk sambil berjalan, sedar-sedar dah ada atas landasan monorail dah.

Mesti korang pernah lalui kan? Ha? Tak pernah? Ok fine..tak paksa mengaku pun.

Bila teringat balik perkara yang memalukan tu, terasa diri ni macam bodoh jugak. Haa tengok macam mana aku mengaku bodoh? Jangan tiru ok adik-adik. Tapi semua perkara yang aku kesalkan tu berada di masa lampau; dan masa lampau merupakan perkara yang paling jauh dengan kita. So korang boleh berhenti berangan pasal mesin masa Doraemon tu ye. 

Bukanlah manusia kalau kita tak melakukan kesilapan. Perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah, ambik pengajaran dari setiap kesilapan dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi. Dah perkara nak terjadi..nak buat cemana ye dak? Setiap perkara ada hikmahnya. Kawan aku pernah cakap yang "Mistakes are the best teachers". Walaupun perangai dia tu tak berapa betul..tapi kengkadang tu brilliant jugak ayat-ayat dia. Tengok? Tengok macam mana aku mengumpat, lepas tu puji dia. *Tepuk tangan*



Tapi tu lah, lepas difikir balik, hidup ni lebih menarik dengan kesilapan-kesilapan tu. Kesilapan tu merupakan part penting dalam membentuk diri aku yang sekarang ni. Aku bukanlah jenis yang suka ceritakan hal lampau aku..kebiasaannya aku pendam je, sebab the more people know about you, the more ammunitions they have against you. Aku masih tak bersedia untuk ceritakan segalanya kepada seseorang; masih tak bersedia untuk percaya kepada seseorang dengan sepenuhnya. Sebab tu la aku masih tak jumpa bakal bini..haihhh. Muda-muda lagi dah gatal.

Nasihat aku ialah, jangan la rasa sedih sangat pasal perkara yang kau kesalkan tu. InsyaAllah, everything will be better; for Allah knows best.

Ok nak out untuk melakukan kesilapan. 

Cis..niat yang salah.


 





Saturday, October 15, 2011

October Road

Baru-baru ni, aku ada sambut birthday aku. Mengikut kalendar Gregorian, aku dilahirkan sekitar bulan Oktober. Mengikut kalendar Hijri pula, aku dilahirkan pada..errrr....tak ingat. Hah, jangan kau berani tertawakan kejahilan aku ni!

Dalam masa beberapa hari lagi, aku akan menjadi mahasiswa.

....Well aku takde idea sebenarnya. Cuma nak cakap dekat kawan-kawan blog, miss you all lah! Muahhh

Eiii geli.

Wednesday, August 10, 2011

Kisah Bulan Ramadhan. Ramadhan ke Ramadan?

Perkara ni berlaku lebih kurang 7 hari lepas.

Hari itu bermula seperti biasa. Bunyi kucing yang sedang berkokok mengejutkan aku dari tidur yang tak lena. Bukan..bukan tak lena sebab fikirkan seseorang. Aku tak lena sebab tidur lambat. Ya, sempena bulan yang mulia ini, malam-malamku dipenuhi dengan ibadah.

......Ok fine aku tidur lambat sebab layan cite Flat 3A tuh..dah la mahal, rm15(Astro First). Cukup kalau nak beli 5 ayam percik. Secara tak sengaja aku buat diri sendiri lapar sekarang..cis. Ok back to the story, pagi tu aku pergila ke sekolah dengan hati yang girang. Pengawas juga menunjukkan muka yang manis walaupun aku datang paling lambat. Secara tak langsung, dorang juga lambat masuk ke kelas. Hmmmm, bila difikir balik, mungkin mereka menunjukkan muka yang agak bengis. Takpe, mereka masih sayang kat aku tuh.

Lepas aku balik sekolah tu, aku bercadang nak beribadah tidur. Tapi hati aku terdetik nak on9, so aku pun pegi cc. Tengah syok on9 tu, orang sebelah aku, orang Melayu, pegi tandas. Lama juga lah, dalam 7minit. Bila dia balik je, aku ada terbau aroma baru.

Ya, bau rokok.



Katanya, dia puasa.

Saturday, July 30, 2011

Aku pun Nak Cerita Pasal Ramadhan Jugak

Tak lama lagi Ramadhan bakal menjelang! sukewnyewww

Tapi puasa nazar aku..dah habis ke belum?

Belum rupanya.

Sila tahan perasaan nak sepak dahi aku.

Dan aku syak dalam masa beberapa hari lagi, banyak status-status pesbuk akan berkisar dengan bulan Ramadhan. Kalau aku tulis status pasal Ramadhan jugak, maka aku akan terjerumus dalam aliran mainstream. Dan sebagai orang bajet cool macam aku ni, tak kan nak tulis jugak? Tapi bukan ke aku tengah tulis pasal Pesbuk sekarang..di mana kita tahu bahawa, Pesbuk merupakan perkara mainstream.

Tak ketinggalan juga, ramai akan berjemaah untuk share video Anwar Hadi, Matlufthi dan seangkatan yang berkisar tentang Ramadhan. Ye, aku memang tak tahu macam mana nak cari video tu sendiri kat Youtube. Aku pun tak tahu Youtube tu apa sebenarnya. Ingatkan U-Tube kat makmal sekolah tu. Ala, kan form3 dulu kena buat experiment pasal asap rokok. Nama apparatus tu U-Tube. Ha? Apa? Korang tak pernah buat? Tu la..sape suruh ponteng kelas Sains. Tengok..aku bersangka buruk lagi. Tapi dulu ada kawan aku yang suka tengok Tube lain..apakah nama laman webnya, aku dah lupa. Tapi aku tak tengok, aku tak tengok. Ahem.

Nanti bulan puasa, mungkin sukar la aku nak jogging petang-petang. Tapi aku tetap akan teruskan sebab nak kekalkan 6packs aku..dan meneruskan cita-citaku untuk menyertai acara larian di sukan Olimpik 2016. Nak main badminton, tapi kali ni aku bagi Chong Wei la main..kesian pulak aku tengok muka dia. Payah betul nak kalahkan Lin Dan tu. Sedangkan mak aku pun kalah masa masa main badminton dengan aku masa kecik dulu, apalah sangat Lin Dan tu.



Rasanya dah cukup aku tulis ni. Lastly, have a blissful Ramadhan, everyone!


******
Tapi bagi yang perempuan tak boleh raya..sebab aku tahu korang tak cukup puasa. Kehkehkeh



Tuesday, July 26, 2011

Aku bukan blogger itu. Aku blogger ini.

Memori..memori.

Banyak memori tercipta dari sebuah blog. Bukan blog yang ni, tapi blog aku yang sebelumnya. Ramai blogger senget yang telah aku temui, I mean literally. Aku pernah terjumpa blog yang dinamakan 'blog senget'. Ya, jangan sesekali judge blogger itu dari segi kesengetannya. Jap, apa yang aku mengarut ni..Ni mesti sebab terpengaruh dengan korang la ni!
*aksi menuding jari kelingking.

Well, bukan semua la senget. Ada yang baik dan sentiasa beri semangat kat aku. Ada jugak blogger yang berjaya buat aku cemburu. Mana taknya, dah entri dorang sume lagi best and menarik dari aku kengkadang tu. Ceh, konon best sangat je entri-entri aku. Padahal most of the time aku mengarut je.Ok fine mungkin semua entri mengarut. Kalau aku tulis secara serius, mesti ada je orang nak betulkan apa yang aku tulis. Kamon la, cuba korang iya-kan aje apa yang aku tulis. Baru la hati aku yang bergelora bak tsunami ni kembali tenang; sunyi dipeluk sepi kembali ceria.

Sebenarnya aku nak bagitau yang aku mungkin tak akan aktif dalam dunia blog buat sementara waktu. Form6 is very demanding. And the fact that aku still takde laptop menyukarkan aku unduk menghapdet. Cums, aku nak cakap yang aku rindu dekat blog lama aku..sebab kat situ, aku kenal dengan ramai blogger. Dan sanagt sukar untuk mengembalikan era blog aku dulu. Tengok la, ada 41 followers je. Yang follow-up entah berapa kerat. tengok la nanti, aku akan cuba untuk me-renaissance-kan blog aku.
Until then, have a good life, peeps!

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday



Tempat yang tak layak aku teruskan perjalanan.
Buat masa ni.

Kbye.

Thursday, July 14, 2011

Selepas 2 Bulan..Tajuk Hape Ni?

Lebih kurang 2 bulan dah berlalu sejak aku masuk form6..ditemani badai angin yang melempang pipi..diteduhi pokok berimbun..awan mikro pula berarak..kerana awan nano berarak ke selatan. Arah kiblat pula berada 21 darjah ke kanan kalau hendak solat di rumahku..


Mula-mula la kan, perasaan masuk form6 tu...memang tak boleh jugak aku jelaskan dengan kata-kata bernas. Perasaan hati membuak-buak tak nak pergi. Mana tak nya, aku sorang je ex kelas form5 aku dulu yang masuk form6. Yang lain dapat masuk UiTM. Alhamdulillah buat mereka. Dalam masa 2 bulan tu, aku merana jugak lah sebab terpaksa bersaing dengan cina yang sememangnya otak geliga belaka. Tanya cina kat kanan, result spm 10A. Tanya yang kiri, 9A pulak. Rasa kecil pun ade dalam kelas tu. Tapi aku yakin, aku dapat bersaing dengan dorang. Oyeah~~

Padahal dah terkial nak belajar ni. Haha mengong

Tapi sekarang aku dah mula adapt dalam suasana form6. Aku ni kira macam Melayu asli betul rasanya, sebab sebelum form6, aku ada 2 je kawan cina. Tahun ni, ambik kau semua classmate aku bangsa Cina. Ekceli, seronok jugak berkawan dengan dorang. Mentaliti dorang berbeza. Bila time belajar, dorang belajar. Bila time rehat pun, dorang still belajar. Bila loceng tamat sekolah dah bunyi, dorang still belajar. Ikut pengalaman aku lah, kelas aku dulu, sebelum loceng bunyi pun dah start enjin motor nak balik rumah. 

It's fun, you know. Finally I can open my mind to a culture that has been kept as a secret to me before. Bila aku mintak dorang ajar aku, dorang ajar sungguh-sungguh. Dorang semua pun friendly. Aku buat lawak bangang pun dorang gelak. Tak tau la gelak paksa ke tidak, tapi terima kasih la ye, Lee Jia Wei!(kawan Cina baru). Aku jugak terfikir la, kalau lah aku ada classmate macam dorang time spm dulu, mungkin aku boleh baiki sedikit-sebanyak result aku tu. But, itu perkara lalu. tak perlu difikir lagi. Aku cuma berharap yang aku boleh bertahan, boleh buat yang terbaik, dalam usaha aku untuk berjaya.


Gonna be one heck of a journey!

Sunday, July 10, 2011

Peluang Kedua-lah, Mungkin

Mereka kata, umur 18 ni masih muda.
Tapi sudah patut mula fikir untuk masa depan keluarga.
Bukan maksud aku mendirikan rumahtangga ok, tapi dari aspek harus menjaga parents.

Mak ayah aku dah tua dah. Tak lama lagi mak aku akan pencen. Kalau boleh, aku nak la parents aku hadir dekat majlis konvokesyen aku nanti..dalam masa 5 tahun. Cuma tu lah, banyak juga halangan untuk pergi ke ipta ni. Dimulakan dengan kesilapan aku letak course dalam pilihan upu hari tu. Disebabkan aku salah pilih, aku tak dapat temuduga dan it ultimately leads me to this state of life i'm in. Terpaksa ambil course yang aku tak minat di form6. Aku tak tipu, memang kadang-kadang aku rasa down sangat. But hey, life goes on.

Ok, baru-baru ni aku dah isi borang untuk 2nd intake UiTM. Dan tak sangka jugak lah dengan result aku yang tak seberapa tu, aku layak untuk apply Law. Well, law tu pun ade kaitan dengan sastera kan? Ok fine, memang takde kaitan. Cuma anak sedapkan hati yang kontang ni je. eceh~

Aku rasa la, sebab utama tuhan sukarkan jalan aku untuk ambik course yang aku minat ialah; sebab dia nak aku timba ilmu dia yang lain. Mana tahu, mungkin aku boleh buat yang lebih baik dalam course yang aku tak minat? Minat tu boleh dipupuk rasanya. Tapi ia perlukan masa.

Apapun, kalau sudi doakan lah aku dapat law ni ye. Mana tau, nanti aku jadi lawyer korang ke.

Hihi.

Wednesday, July 6, 2011

Antara yang Aku Ingat

Dulu,

 Aku suka main baling selipar. Korang pernah main? Dulu masa kat tahfiz, time rehat je mesti aku main tau. Mula-mula kena robohkan selipar yang dibina. So, teknik balingan tu kena hebat. Senang cakap, aku dulu memang agak star la main benda alah ni. Lagi 1 yang aku paling suka bila main ni is aku dapat baling selipar dekat kengkawan. Syok gile. Nak-nak lagi kalau dapat baling kena kepala orang. Ya, dulu aku memang agak  nakal. Yelah, belum mumaiyiz. Asyik ingat nak main je, tak fikir sangat pasal orang lain pun. Tapi kalau sekarang baling selipar dekat orang lain, kemungkinan besar muka aku dikerjakan menjadi selipar.

Yang kedua is probably main masak-masak. Hey, apa masalah kalau lelaki suka? Ok fine, aku tak suka sangat pun. Tapi dulu aku ada jiran perempuan, nama dia Ainul. Kalau datang rumah dia je, mesti kena paksa main masak-masak. Aku ingat lagi, dia suruh aku minum dari cawan plastik yang takde air pun. Dah la hari tu panas gila. Rasa tekanan emosi, tahu. Masa tu pun, dah pandai main kahwin-kahwin. Dulu aku beria sangat rasa geli dengan perempuan. Entah hape-hape, muda lagi dah pikir nak dirikan rumahtangga. Tapi sekarang baru aku sedar kenapa diorang nak sangat kahwin.

Ahem.




Tapi aku tertanya juga, kenapa bila usia meningkat, kita semakin menjauhkan diri dari permainan macam ni? Ada kawan aku cakap, "Growing up sucks every innocence that you have". Kengkadang aku terfikir, ada betulnya cakap kawan aku tu. Bukan kita tak nak main, tapi rasa malu. Malu dengan persepsi orang lain terhadap kita. Bukan semua lah, tapi kebanyakan kita. Setiap langkah yang diambil, perlu difikir dengan teliti. kerana manusia sangat judgmental. Sekali kita buat salah, mereka akan ingat sampai bila-bila.

Ha, sebelum aku terlupa. Pernah dengar lagu ni?

"Apa boleh buat
Perut Hassan bulat
Boleh buat cokelat
20 sen empat"

Aku pun keliru sebenarnya. Ni lagu ke pantun? Mungkin lagu yang berpantun. Tapi lagu ni yang aku paling ingat masa kecik dulu. Maksud dia aku tak tahu, tapi ramai kawan aku nyanyi sekali.

Aku terdengar seorang budak nyanyi lagu ni masa nak balik rumah tempoh hari. Dan ia mengingatkan aku pada zaman kecil dulu. Tiada tangisan keluar dari mata aku, tapi terukir senyuman mengimbas kembali kenangan lama. :)

Tuesday, July 5, 2011

.

A friendship that's been shared before, has splattered into thousands of broken pieces.

Was it my fault?

Sunday, July 3, 2011

tiada kata

Perasaan yang sanagt bercelaru.
Semuanya negatif sekarang.
Maaf, semua.

Mari Berlari

Pagi semalam ada larian 1Murid1Sukan dekat sekolah.

Tapi apa yang aku tahu, hari Sabtu merupakan hari cuti; public holiday.
Dan bila holiday, dilarang datang ke sekolah(Akta Amir : 34, seksyen 5)

Jadi, aku pun tak datanglah. Ape kejadah suruh orang tua macam aku ni berlari. Semput tahu.

Jangan buat lawak Sepah kat sini ye.

Aku ada rahsia sebenarnya. Aku..aku tak minat berlari. Tapi lari daripada masalah dan lari di atas jalanraya merupakan perkara yang berbeza. Sebagai contoh, kalau tak siap kerja sekolah, aku akan pilih untuk tak datang sekolah. See, itu lari dari masalah kan? Sebab tu la aku merupakan pelajar favorite cikgu P.A aku. Ya, tahu tak P.A tu apa? P.A tu subjek paling nikmat dalam silabus form6. Nikmat betul belajar pasal sejarah negara, pasal ekonomi. Minat sungguh aku menelaah buku P.A. Sungguh.



Malam semalam pun, aku bukak tv. Tengok, slah istilah lagi. 'Aku menekan butang on tv lalu menontonnya'. Ha, ni baru istilah betul. Entah hantu mana yang rasuk aku, tiba-tiba aku tengok berita kat tv3. Padahal remote kat atas lantai. Memandangkan aku dah duduk, malas la aku nak membongkok dan amek remote tersebut. Aku pasti, kalau korang dalam situasi aku, korang akan lakukan perkara sama. Pemalas. Dalam berita tu, ada sebut pasal larian tu. Aku fikir, program ni macam tak kreatif je. Dah la larian jarak pendek, dalam 1.5km. Kalau buat program di mana setiap pelajar boleh pilih sukan apa yang nak dibuat sepanjang hari tu, kan lebih bermakna? Boleh jugak isi masa lapang mereka. Budak zaman sekarang ni, kalau hari Sabtu kebanyakannya buat perkara lagha je. Aku tahu la, sebab aku pun sama. Yang memenuhkan masjid time solat Asar ke, ramai budak Tahfiz je. Yang lain, pergi wayang, tengok cerita Nur Kasih. Ewwwww.

Apapun, aku harus memikirkan alasan yang ulung untuk diberi kepada cikgu aku esok. ye lah, kerja math tak siap. Ni semua salah kawan aku yang tak pulangkan buku teks. Jaga kau..jaga kau. 

Ataupun, tak payah datang sekolah. Kihkih.





Monday, June 27, 2011

Tajuk Cliche

When you're depressed,

turn to Allah.

When you're confused,

turn to Allah.

I never learn to take my own advice.

Now i'm lost.

Serves me right.

Sunday, June 19, 2011

Manusia itu Menarik

It's good to be human.

Hari ni macam biasa, aku letak kerja sekolah yang bertimbun atas meja sebagai motivasi. Masa aku tengah duduk nak ready nak buat tu, aku teringat yang hari ni Ahad. Public holiday. Jika aku buat kerja sekolah hari ni, maka, aku akan melawan kerajaan yang menetapkan hari ni hari cuti, untuk berehat. Bukan bekerja. Jika aku buat jugak, aku akan jadi seorang Anarchist. Tak pun, rebellist.Nanti kerajaan akan hantar secret agents untuk menangkapku, dan nama aku akan tertera dalam "Malaysia's most wanted criminals list". Mungkin Jack Bauer dari rancangan 24 akan masuk campur.

Ya, aku terlalu banyak berfikir.

Untuk mengubati kebosanan, aku pun keluar dari rumah. Bila dekat bandar, aku lihat ramai orang sedang menjalani kehidupan mereka. Ada yang shopping, ada yang lepak bersama kawan, ada yang dating. Tapi aku menganggap yang berdating tu mesti dah kahwin, walaupun muka mereka agak muda, dan juga merupakan junior di sekolah aku. Kita kena lah bersangka baik kan.




Setiap muka yang aku lihat, buat aku terfikir. Di sebalik setiap wajah mereka, mesti ada cerita yang tersindiri. Di mana mereka tinggal, apa tujuan hidup mereka, impian dan harapan. Sungguh, manusia merupakan ciptaan tuhan yang paling menarik. Juga, sebaik-baik ciptaan yang maha Esa. Setiap senyuman, setiap kekesalan yang terpampang, mesti ada sebabnya. kadang-kadang aku terfikir :

"Aku nak tegur dia, dan tanya kenapa dia tersenyum"

or

"Dia nampak sedih. Aku nak dengar masalah dia lah"

Tapi, niat aku tu tak pernah terlaksana pun. Heh. Ye lah, bayangkan, kau tengah bersedih atau tersenyum dekat public. Lepas tu, ada orang yang kau tak pernah nampak pun, datang tegur kau. Tak ke pelik? Tapi, aku nak dunia yang macam tu. Satu dunia di mana semua orang ambil berat antara satu sama lain. Dunia sekarang, ada adik-beradik sendiri pun jarang bertegur.


Itu lah sebab kenapa kita digelar, umat akhir zaman.


**Tapi, perempuan kena lah ada sikap malu. Jangan main tegur je okay. Hanya lelaki je harus berani bertegur sapa. Ya lah, kalau tak tegur, macam mana nak kenal. Kalau tak kenal, macam mana nak masuk meminang. 

Kihkih.



Saturday, June 18, 2011

Untuk Ayah yang tak akan baca

Rata-rata di news feed pesbuk aku, banyak ucapan seperti ini - 'sayang ayah'
sayang ada musim rupanya.
heh.

Aku?
Aku tak ucapkan pun.
Ya, ego.



Aku tak sempurna.

Thursday, June 16, 2011

A Brief Spirit






Has anybody seen my lighter?

Tuesday, June 14, 2011

Bila Pesbuk dan Yahoo Messenger minum kopi bersama

Pada pagi yang sunyi..Yahoo Messenger menjadi agak bosan, lalu dia pun pergi ke rumah Facebook..itu lah..dah bosan nak pergi mengacau orang lain pulak..cuba la bawak mengaji ke..jangan...jangan judge YM tersebut. Maka, berlakulah perbualan antara mereka.

YM : Yo pesbuk, wasap?

Pesbuk : Amboih YM..kite ni orang Islam, patutnye kau bagi la salam dulu tadi..

YM : Pandai kau berkata ye. Ni aku nak cakap satu benda. Kongratulesen sebab dah jadi popular sekarang. Dulu orang suka pakai aku je kalau nak chat atau buang masa. Sekarang dah ramai yang lupe aku.

Pesbuk : YM..jangan la begitu. Kan ada lagi orang yang guna kau. Sebagai contoh, pemilik blog ni. Walaupun dia lagi suka luangkan masa dengan aku, dia tak pernah lupa kau tau..

YM : hmm..ye la tu. Dulu, pemilik blog ni selalu gune saya kalau nak mengorat berbincang hal agama dengan rakan siber. Sekarang dia tak macam dulu dah.

Pesbuk : Alolo..takmo merajuk ok. Ni, bini saya dah bawak teh ni..jemput minum..








Sejak kebelakangan ni, aku dah jarang bukak YM.. entah kenapa. Mungkin sebab benda 1st yang aku akan buat kalau bukak komputer is on9 fb..eh salah..bukan bukak komputer. Aku pun tak tau apa istilah sebenar..misteri dunia..mungkin jiran aku, Pak Derih tahu akan jawapannya. Tapi, sejak insiden aku mengenyitkan mata ke arah anak daranya..hubungan kami tak seperti dulu.. Padahal ada habuk masuk dalam mata aku..siutt..

Aku juga rasa ingin menjauhkan diri dari pesbuk..masa yang aku luangkan di laman web itu boleh digunakan untuk buat benda lain, seperti memanjat gunung Everest; tak pun, gunung Kinabalu pun jadi lah. Kenapa aku mahu memanjat gunung? Kerana dari apa yang aku dengar, udara di atas sana sangat sejuk. Disebabkan aku tak mampu untuk beli air kondisioner, aku hanya mampu menghirup udara segar di sana.. Kenapa cuaca sekarang semakin panas? Aku salahkan mereka yang membuang sampah merata-rata. Jelas sekali pengguna kenderaan seperti aku tak menyumbang kepada pencemaran alam..

Oh ye. Korang dapat tak mesej dari entri kali ni? Ya..mesejnya ialah kita haruslah membuka laman web pesbuk di atas gunung Everest. Jangan risau, aku yakin line uniFi ada di atas sana. Sam mukatembok menggunakan uniFi. Anda bila lagi?

Muka Juvana

Monday, June 13, 2011

Penantian Satu Penyiksaan di Pancreas

Arghhh....tajuk paling sengal setakat ini.

Nanti aku tampal yoko-yoko bagi kurang sikit kesengalan tajuk tu.


ergh..lawak sengal..

Ekceli, aku nak cerita pasal perkara sejarah yang bakal diukir pada pukul 12 p.m esok. Ya, keputusan rayuan UPU akan dapat diketahui waktu itu. Well, mungkin akan dapat tahu lambat sikit sebab laman web kerajaan ni biasanya lambat sikit. Ok fine, memang lambat pun. Selalu lag. Mesti sebab laman web tu pakai legging nak tutup aurat.

What? what the fish?

Aku cuba ingat balik course apa yang aku mohon dulu..loading...loading...hah! Dah ingat! Tapi tak nak bagitau korang la. Itew maluw. Aku sendiri pun tak pasti sama ada akan pergi kalau dapat. Ye lah, form6 kan seronok. Boleh jumpa cikgu, boleh pakai baju uniform, boleh buli junior. Ok fine..aku tak suka suasana form6. Memang tak boleh disangkal lagi. Tapi aku harus ambik jugak kalau nak pertahankan cita-cita aku tu. Dan juga, pertahankan janji yang pernah aku buat kepada seseorang dulu.

Dah..sakai..

Sejak kebelakangan ni takde mood. Ok, mungkin aku ada bad mood. Bukan perempuan je yang boleh bad mood. Mungkin sebab aku tension dengan prasarana dunia yang tak pernah kenal erti aman..ah.. aku sudah mula mengarut. Maaf, entri kali ni sekadar menghilangkan stress yang terbuku dalam hati. Dan juga, mengisi masa lapang usia muda..bagai tiada arah tujuan.

Esok nak jumpa cikgu!

Wednesday, June 8, 2011

Kerana ini Filem Favorite

Yo wasap.

Agak berhabuk blog aku ni. So, hari ni aku nak pakai vacuum kasi bersih ini blog. Ha? Tak lawak? Takpe..Sape suruh korang baca.

Ni nak tanya.

Korang ada movie pebret tak?

Aku bukan lah seorang movie junkie. Tapi aku ada movie favorite aku. Dan ia movie omputih. Bukan..aku bukan lupa daratan. Kalau filem local pun, aku hanya suka filem seperti "Sepet" atau "Buli". Ye..aku tahu, filem-filem tu dah lama. But, korang tengok lah movie melayu sekarang ni. Nur Kasih lah, Kongsi lah, aku tak suka. Tak suka.


So, Big Fish merupakan movie favorite aku sepanjang zaman. Banyak faktor dia. For one, Ewan McGregor merupakan pelakon utama. Aku suka dia. Tak, aku bukan suka dia sebab dai handsome dan maskulin. Aku suka gaya lakonan dan bagi aku, dia betul-betul mendalami setiap role yang dia pernah pegang.

Dan juga, jalan cerita Big Fish ni is like no other. Cerita dia bermain dengan fiction dan realiti. Senang kata, cerita ni agak surreal. Dan juga, Ewan dalam cerita ni memang romantik. Sangat romantik. Tak. Aku bukan jiwang. Tapi ada 1 babak di mana dia penuhkan 1 taman dengan bunga kegemaran wanita idaman dia. Dan lepas tu, diorang bertentang mata bagai cinta pandang pertama. Alolo cute-nye. 

 The main thing aku suka pasal movie ni is that, ia beri aku semangat dan beri satu perception bahawa anything is possible, as long as you have that believe. Juga, kasih sayang antara seorang bapa dan anak dalam filem ni berjaya buat aku nangis. Aku tak boleh tulis panjang berjela kerana, korang harus tonton filem ni untuk faham apa yang aku cuba sampaikan.  Bawah ni, part 1 untuk cerita dia. Part lain, Boleh tonton di Youtube kalau korang ada masa.


Sunday, June 5, 2011

Yang Ni aku Kena Bagitau

Korang tau tak?

Coldplay dah ade lagu baru!!!



Hari ni dah brape kali aku ulang lagu ni. Tak ingat dah.


But still. Swallowed in the sea is the best Coldplay song I've ever heard.



Ape? Korang tak suka coldplay? Korang kata enset korsng penuh dengan lagu Raihan dan seangkatan?

Good for you.

Friday, June 3, 2011

Rasanya aku tak pelu cerita kot.

Ladies and gentlemen

wasap?

Dah selesai buat entri baru ke belum? Or tengah baca blog orang lain untuk cari idea? Bagus tu..banyak membaca, entri kita akan jadi lebih bagus. Petang tadi masa aku dalam kereta, aku terfikir balik masa mula-mula aku buat blog. Aku teringat bali kat mereka yang buat aku bersemangat untuk terus menulis. cis...skema betul.


template blog first aku memang.... buruk betul. Aku jujur je la. Aku guna template pyzam. kalau tak silap, latar beakang dia gambar jalan, warna hitam. Lepas tu aku ada letak hiasan sikit kat tepi kanan tu. Aku letak macam salji jatuh. Bajet comel la kalu buat camtu. Tapi bila aku perhati betul-betul, macam gay memang agak tak kena kalau letak kat blog tu. So, aku pun cuba la cari template yang lawa sikit. Aku jumpa la templaye yang aku nak dekat http://blogskins.com . Ala, bagi korang yang pernah tengok blog lama aku, korang harus admit yang blog tu comel maskulin....senang story, memang sedap dipandang ah. yang ajar aku main dengan kod HTML is lalah. Aku punya la bengap pasal HTML ni dulu. entah macam mana dia boleh tahan ajar aku. btw, thanks tau! tapi sebab ada masalah teknikal, blog baru ni lahir~


Bila menulis blog, of course yang aku ingat is golongan first yang aku jumpa. Antaranya is cik alin. Aku tak tau macam mana boleh jumpa blog dia ni. Tapi dia orang pertama yang komen dekat blog aku. Masa tu aku belum ambik SPM lagi. Dia banyak bagi nasihat kat aku, dan sudi baca entri-entri aku yang agak..er...keremajaan ketika tu. For that, thank you sis!

Lepas tu ada sorang budak sekolah ni. Dia buat blog lagi lama dari aku kot. Dia sekolah kat Bahaman kan. Dia pun selalu komen kat blog aku. lepas tu dia masuk asrama tau. So, dia pun jarang la update entri. Time cuti sekolah ni dia banyak tulis entri. Macam-macam. Aku suka entri dia yang pasal bermacam jenis persona dalam kepala dia tu. Bagi aku, entri tu sangat menarik. Aku nak komen, tapi aku tak tau nak komen ape. So, aku pun fikir 'esok la komen'. Tapi tengok-tengok, punya la banyak dia punya update. Ok fine maybe aku patut search balik entri dia tu. Cuma, aku still tak tau nak komen ape. serius ni. Keep it up lalah. SPM tahun ni buat betul-betul. kalau tak, meh join aku masuk form6. SERONOK!!!!!


One more thing to say to the people who have been there from the start. Setiap kali aku bukak dashboard aku, aku akan baca blog korang. Walaupun aku jarang komen(sorryyyyyyy). Aku rasa aku tak perlu cakap yang aku baca blog korang, sebab aku rasa korang dah tau. Kalau tak ada korang, for sure aku tak akan lekat dengan dunia blog. I can't express my gratitude enough, because every single one of you is precious to me. Even though we never met each other, the bond that we share is...just demn cool.


Thursday, June 2, 2011

Hilangnya Kawan Blogger

Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku perasan makin ramai buat blog. Tanya je la budak perempuan kat sekolah aku, hampir semua buat blog. Ok fine..tak de la ramai sangat. Ada blog yang aku suka, dan ada blog yang aku terus tekan butang kanan atas sekali tu. Aku tak kisah la korang nak tulis pasal boifren korang. Aku tau boifren korang ensem. Tak dinafikan lagi. 

*Muntah..nak muntah..

Cuma kan, kalau setiap entri korang berkisar pasal korang tadi pergi dating kat kfc, or secret recipe(baru bukak kat daerah aku. haha), fikir la sikit. Ramai ke orang nak baca. Ye..aku tau, hak korang la nak tulis pasal apa pun. Tapi jujur la aku cakap, bosan dan sangat tak menarik kalau asyik cerita pasal 'teman sejati' korang. Mesti ramai yang terasa ni. Lantak korang la. HAHA.


Aku sebenarnya nak cerita pasal blog-blog yang aku suka, tapi dah delete atau dah di-privatekan. Kalau setiap kali aku bukak blog, for sure aku akan baca entri diorang la. 1st is blog cik Elina. Blog dia ni dah diprivasikan(bukan ayat rojak). Dia ni sama umur dengan aku, tapi aku suka style penulisan dia. Dia sarkastik, dah boleh membuatkan satu topik yang biasa seperti 'semut' menjadi sangat menarik. Setiap kali aku baca blog dia, aku mesti like " Demn. Macam mana dia boleh tulis benda menarik ni. Kalah aku. Perempuan pulak tu. Dah la comel. " Aku rasa sebab utama dia privasikan blog dia sebab dia pergi sambung belajar dah, and tak nak biarkan blog distract dia daripada studies. Lagipun, dia masih tak delete blog tu. So, aku harap dia akan bukak balik la blog dia. Rindu ooo.




And then blog miss AqulJacob. Dia dah delete blog dia. Perkara yang paling aku ingat ialah, dia pernah tulis 1 ayat yang betul-betul aku suka. it sounded like this : "Allah did not promise that the way would be easy, but He did promise that He would be with you in every single step of your life as long as you want Him to." Meskipun ni hanya ayat copy paste, aku suka sebab aku terbaca ayat tu masa aku betul-betul down. Dan sekaligus memberi semangat pada diri aku balik. Oh ye, dia ni comel jugak.Tapi tak ada kaitan ok. Sekadar selingan.


Ada lagi 1, blog perempuan jugak. Aku tak ingat tajuk blog dia. Tapi yang menarik minat aku is setiap post dia dalam English. I mean, really good English. Dia selalu tulis kata-kata semangat dalam inggerih yang..sangat inspirational. Dan dia, umur lebih kurang aku je. Jarang aku jumpa blog camni. kebiasaannya bila ada blog yang guna English, mesti ayat diorang berterabur. Tapi blog ni tak. Blog ni buat aku berfikir. Dan..itu..sangat jarang berlaku.
Kenapa semua blog ni blog perempuan?

Sebab..aku jarang jumpa blog lelaki. 

Kenapa la lelaki jarang buat blog. Aku sunyi wei~


Oh ye. Kepada blog yang aku selalu baca, macam blog miss dill, cik ungu, anak Ong (HAHA). Korang rajin-rajin la update ye. Nanti dashboard aku sunyi~



Wednesday, June 1, 2011

Aku Harap.

Assalamualaikum.

Dalam tak sedar, dah masuk bulan Jun. Aku selalu rasa masa tu berlalu dengan cepat. Walau terkadang aku rasa baru saja aku kenal wajah ibu. Bila dikenang balik, memang terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan; kebanyakannya disengajakan.


Aku dipeluk nafsu dunia.
Hanya ingat tuhan ketika buntu.

Aku malu mengenang diri aku yang sebegitu.
Aku diberi kurniaan hidup oleh-Nya. Tapi aku selalu menyalah gunakan anugerah ini. Sempurna akal dan tubuh. Tapi mana perginya ibadahku? Leka dengan mainan dunia. Ibadah dibuat secraa leka. Hidup bagai tiada arah tuju.

Apabila kakak ku pulang ke rahmatullah, baru ku sedar akan tujuan aku hidup. Yang pergi tak akan kembali. Tetapi kita yang masih hidup masih perlu teruskan perjuangan. Time waits for no man. Aku tahu, aku masih muda. Masih tak kenal asam garam dunia. Tapi tak bermakna aku akan hidup lama. Ajal akan datang bila-bila masa, kerana ia sesuatu yang pasti. Aku selalu mengharap tuhan akan mengampunkan dosa-dosaku yang tak terkira. Sedangkan ada manusia yang pernah beribadat beratus tahun lamanya dejanjikan neraka, apatah lagi aku?

Sumpah, aku takut.

Dalam tahun ni, banyak juga yang telah aku pelajari. Aku cuba sehabis baik untuk memperbaiki diri. Tetapi dosa itu tetap lekat dengan diri aku. Masa lampau yang hitam. Aku dalam proses untuk mengikis perkara-perkara itu dari hidupku. berusaha mengekang nafsu. Cuba mencari jalan yang betul. Dunia kini sudah nazak. Maksiat sini-sana. Ada yang bangga apabila melakukan maksiat. Adakah mereka tidak malu? Terjerumus dalam perkara sebegitu. Ya Allah, jauhkan lah aku dari segala yang buruk itu.




Dalam bilik aku, ada sebuah jam. Warna biru. Setiap pagi aku melihatnya, aku merasakan bahawa terlalu banyak yang telah dibuang begitu saja. Tetap apabila ia berdetik, aku tahu aku masih ada masa. Masa untuk perbaiki diri ini. Dan itu beri aku semangat untuk terus berdiri; meskipun banyak masalah yang membelenggu diri ini.

InsyaAllah, segalanya akan baik saja.
Amin.

Tuesday, May 31, 2011

Seperti yang dijangkakan

''Amir..serious kau nak amek science form 6?"

"all the best bro..you can do it!"

" alahai..kau time spm pun terkial-kial. tak payah la Amir"


dialog di atas antara perkara yang kawan-kawan aku sebut bila aku cakap pasal niat aku nak masuk form6. Well, ada betulnya. Errr..memang betul pun. Aku time sekolah dulu malas gila. Tapi masih waras. Boleh dikatakan hampir setiap kelas aku tidur. Time subjek pebret aku pun, aku tidur. Jangan ditanya la apa aku buat masa belajar kimia dulu. Masuk makmal je tidur. Nasib baik kawan-kawan aku tak tabur bahan toksik kat muka aku. si Hazim tu bukan boleh percaya sangat. haha. just kidding~

ahem.

Sebenarnya aku tak ada kawan pun yang pernah dapat above 3.5 dalam STPM. Mungkin sebab dorang takde rezeki kot. But ramai yang daapt pergi U lepas STPM. Congrats to them. Ni ada lagi satu masalah...buku-buku form6 aku tak beli lagi. Aku pun tak sure aku akan baca kalau beli. Sebab, 1 subjek paling koman ada 2 buku. 1 buku tu ada la dalam 2 depa kelebaran dia. ok..ok..itu hiperbola. Even so, masa SPM dulu tak ada la aku kena baca buku tebal sangat. Buku rujukan Kimia SPM masih bersih, suci dan murni dalam rumah aku. Ke aku dah bakar buku tu? Tak...aku tak buat macam tu. Sebab aku sayang ilmu.(padahal dah jual dekat junior)

Thanks kepada junior whose name I can't recall. Aku tak bagus sangat bab mengingat ni~



Aku edit. Sila percaya

Walaupun orang kata tak perlu ambil aliran sains, aku tetap dengan pilihan aku. At the end of the day, semuanya bergantung kepada aku untuk buat pilihan. Yang penting adalah usaha, dan tak ulang balik apa yang aku buat masa zaman jahiliah a.k.a hari-hari SPM.






Hey rain, come on. Come pouring down 
 I'll face you without a frown.



Friday, May 27, 2011

Cuti lagi..Aku dah muak bercuti tau tak??

Assalamualaikum.

Cuti sekolah dah start! Cis..aku baru je bersemangat nak belajar. Terutama skali subjek Kimia

*Tipu...tipu...

Kat sekolah aku, aku sorang je lelaki melayu yang agak gila berani amek subjek sains. Orang kata STPM ni peperiksaan paling sukar di Asia. Kawan aku cakap, aku gali kubur sendiri bila amek subjek sains. Aku dengan selambanya jawab:

''Kubur kau ke kubur aku?'' *sambil buat muka bajet

 Ya..betul. Mungkin aku akan lingkup dalam form6 ni. Tapi, aku ada peluang kan? Peluang untuk cemerlang. Tiada dibebankan seseorang itu melainkan kemampuannya.

Mula dah berceramah budak ni...cisss

 Aku nak cakap yang..aku...sunyi dalam kelas. haha. Tak ada la sunyi sangat. Tapi, cuba korang bayangkan yang korang sorang je lelaki yang bergelar Melayu dalam kelas tu. Mesti la rasa sunyi sikit. Tapi kebanyakan Cina dalam kelas aku semua sporting. Nanti kalau dorang ajak aku main DotA, mesti best. Kalau main DotA dengan Cina, mesti keluar kata-kata kesat. Dah lama aku tinggalkan tabiat tu..tapi...kalau sekali-sekala, apa salahnya? hihi


Tadi aku dapat call daripada kawan baik aku. 3 minggu yg lepas, ayah dia meninggal. Dia tak pergi ke U or matrix sebab nak jaga mak dia, dan juga dia masih sedih. tadi aku dengar suara dia sejak sekian lama. Aku dengar dia ketawa. Baru aku sedar..yang aku sebenarnya rindu kat dia. bak kata Apih El Nino, rindu sebagai kawan. 

Maksudnya..ada la jugak kawan kat raub ni. takde la aku sunyi sangat.

Aku cuma nak tanya..korang rasa kan, betul ke tindakan aku masuk form6 ni?

Aku mula rasa sangsi...

Demn.


Tuesday, May 24, 2011

Bila aku Demam

Bangun awal tadi. Dalam pukul 6 suku pagi. Kepala rasa berat. oh...demam rupanya. Ambil wuduk, tunaikan kewajipan, then terus tidur balik.

Tapi Amir...Bukan ke kau kena pergi sekolah?

Well..sekali-sekali ponteng. Apa salahnya. Lagipun aku demam. (padahal kerja sekolah tak siap. haha)

Sejak ramai kawan-kawan aku pergi sambung stadi, aku jadi agak sunyi jugak la. Kalau nak main futsal pun, dah tak cukup orang. So, aku lepak kat cc je la hari-hari. Kejadah rutin aku ni? Tak pasal-pasal nanti aku jadi gemuk balik. Ya..dulu aku gemuk. I mean, serious gemuk. Kalau aku ada masa nanti, aku post gambar muda-mudi aku yang gemuk tu. kenapa tak post sekarang? Well...jangan tanya. Nanti korang cakap gambar tu comel pulak. 

Ahem.
Oh ye. baru-baru ni aku dapat tawaran belajar ke politeknik; diploma Akaun. Dan..aku...kompem tak pergi. Bukan..bukan berlagak. Cuma, kalau aku amek akaun, for sure cita-cita aku akan terkubur. Hanya dengan mendapat pointer yang tinggi dalam STPM, baru aku boleh meneruskan impian aku. until then, aku akan berusaha bersungguh-sungguh.

Cakap senang Amir..senang. 

But I will try! No.. I will DO!


A special ode to my friends who are in University and matrix. All the best there! It has only been a couple of days and i'm already starting to miss you guys. haha. Didn't thought a guy like me would have feelings like this. Well, keep on searching your dreams there. For me, i will take a second chance by taking STPM. God willing, we will all meet again, with our dreams at hand. 





InsyaAllah.

Friday, May 20, 2011

To the Ones I Call Friends. Cheers.

Yo wasap.

Hari ni aku rasa..sunyi...pelik...
Enset tak berbunyi walau sekali..
Teman..mereka tetap akan pergi.

Pagi tadi aku masuk sekolah lama aku balik..ya, aku memulakan hari persekolahan sebagai pelajar form 6. Pagi tadi punya la excited. Masa MUET tu tahan lagi..seronok. Bila time P.A, mula la buat muka tahan sembelit 4 hari. Tak cukup lagi, lepas rehat belajar matematik...time belajar tu, bukan setakat buat muka tahan sembelit. Aku pun tak tau muka aku jadi macam mana. Dah la cikgu-cikgu form6 ni tak pernah mengajar aku sebelum ni.

Dugaan ni Amir..dugaan.

Aku tengah tunggu rayuan ipta keluar sebenarnya. Kerajaan ni suka betul main auu cakk dengan aku. Bagitau je la cepat. Kan senang kalau lepas kita buat rayuan tu, dia terus bagitahu sama ada kita dapat or tak. Ni kena tunggu lama-lama. Majoriti kawan aku akan sambung belajar minggu depan. Aku mungkin tak dapat join korang masuk U tahun ni. But, mark my words. Aku akan buat yang terbaik untuk form 6. If god willing, aku akan dapat meniti cita-cita aku balik; insyaallah.

Masa masuk sekolah tu balik, teringat kat kawan-kawan aku yang dah pergi. Bukan...bukan mati. Diorang dah berjaya masuk U. Mengejar impian masing-masing. Even if aku dapat rayuan U ni, course yang aku ambik tu bukan yang aku minat.



Aku keliru.
Aku perlukan kawan-kawan aku.
Oh lupa..mereka sekarang sibuk.


Kenapa mereka harus fikir pasal aku? (muka tacing)


Aku gurau ok.

Just one thing to say. To all my friends out there. No matter where you are, no matter what you do. I will never forget you. Hope you guys will never forget me; as every single one of you has helped to create so much memories that I can never repay. And for that, I thank you. These few upcoming years are going to be tough. But I know that as long as we have each other, no matter how far apart we are, we're gonna be just fine. That I know. 


That I know.

Thursday, May 19, 2011

To Them, All The Best

Assalamualaikum.

Ini merupakan blog ke-4 dalam sejarah hidup aku. Sebelum ni, blog aku kat sini  blog lama tapi sebab masalah teknikal, aku buat blog baru. Lagipun, cik L dah jumpa blog tu. Tak suka. Tak suka.

Hari ni, pagi tadi, bukan lepas subuh, tapi dalam pukul 12 tengahhari, matahari tegak atas kepala, sedari bayu panas menepuk pipi, aku dah melalut, aaa.

Well, hari ni aku pergi jalan2 dekat 'bandar' Raub dengan kawan-kawan aku. Kitorang lepak la dekat Ayam Goreng Kentaki. Kira macam farewell party la sebab semua dah nak pegi sambung stadi. Gonna miss these mereng good friends. Ada yang dapat matrix, ada yang dapat U. Aku pulak..errr...maktab pun aku tak dapat. Rezeki aku kat tempat lain kot.


Form 6...form 6...be good to me.

Aku tak nak tulis banyak untuk 1st entri ni..cuma; a special dedication to my good friend, Mas Izzuawanie. Buat betul-betul dekat matrix Gambang. Jangan asyik main gelongsor kat Gambang Waterpark tu. Bukan best pun. HAHA.

oh ye. Fatin Izhar! All the best. Hope to see you become a doctor someday. Kalau aku sakit ke, boleh dapat diskaun kan kan.




Always believe in yourself.
Do this and no matter where you are;
you will have nothing to fear.

of the testing

mungkin penulisan yang menarik