Friday, December 9, 2011

U lah sangat kan

Di pagi Jumaat yang mulia ini, sambil dihimpit assignment yang bertimbun, seraya mendengar lagu Kotak Hati, aku menghadap laptop. Membiarkan diri kita khayal dalam alam maya adalah sesuatu yang waras, especially bila assignment tu kena hantar hari Ahad ni.

Aku masih tak biasa bersekolah berseuniversity pada hari Ahad. Demn.

Ni 1st time aku berjauhan dengan femili untuk jangka masa panjang. Memula tu rasa pelik sikit, and then aku makan, then aku sakit perut, and then pergi tandas. Eh eh kenapa macam tak senonoh je kronologi ni? Mula balik. Memula tu ada la rasa rindu sikit. Tapi bak kata orang, masa pengubat yang mujarab. Orang-orang sini ramai yang baik, atau mungkin terlalu baik. Ada sesetengah orang ni, bila aku cakap ape-ape je, mesti dorang gelak. Memula tu aku rasa pelik sikit, and then aku makan eh eh tak. Bagus la dorang ni, hepi go lucky sokmo. Tapi aku tak selesa. Ataupun aku yang tak dapat menerima keadaan seadanya. Lantaklah. Time will tell.

Hidup di sini tak macam sekolah dulu. Kat sekolah, perempuan dan lelaki bagaikan bercakap bahasa yang berbeza. Kat sini, mereka semua fasih dalam bahasa rojak. Semua orang bergaul ikut suka hati je. Apakejadah semua ni? Kalau duduk semeja tu, normal la. Nak "stadi" katanya..Tapi ni siap sentuh-sentuh yang bukan mahram. Tapi perkara yang paling aku takut ialah, budaya ni secara tak sedar sedang menular dalam diri aku, dan perlahan-lahan menjadikan aku berfikir yang perkara ni normal. Takut juga. Ya lah, manusia ni mudah terpengaruh. Ke..aku je yang macam tu? Ok fine..tak paksa korang mengaku pun.


Mungkin perkara yang paling aku rindu ialah suasana kat tempat asal aku. Ye lah, tempat tinggal aku tu takdelah bandar sangat, takdelah kampung sangat. Tapi aku sentiasa rasa cukup di sana.

Ya, cukup. Segalanya cukup.


4 comments:

  1. hari ahad ? hee . hang kat utara sekarang .
    sabaq nah :)

    ReplyDelete
  2. kan? haha. tu la. dulu dah ckp nak duduk raub je kena ejek.

    ReplyDelete
  3. Amir! rindu kamu!

    usah tersasar dari landasan kebenaran ya :)

    dill.

    ReplyDelete
  4. Afaf : Well, sangat tak biasa belajar pagi Ahad. Kehkeh.

    P.E : Woi tu dulu la. Fikiran manusia ni berubah. haha

    Dill : Right..nanti nak jogging kat landasan kapal terbang

    ReplyDelete