Wednesday, July 31, 2013

Sakit

Sakit.

Kesan perbuatan kau,
tak dapat dilupakan.

Aku percaya pada kau,
Aku percaya pada kita,
Tapi kau boleh buang aku tanpa kata.

Aku cuba untuk berbaik dengan kau,
Tapi kau layan aku macam sampah.

Aku cuba untuk berbicara,
Tapi kau diam tanpa suara.

Parut yang disebabkan kau,
Takkan hilang.

Post ini untukmu, motor Lagenda Z110.
Sampai hati kau biarkan aku ditimpa kemalangan.

Sakit tau tak! Cabut spark plug baru tau!

Monday, November 12, 2012

Saya sesat, saya okay


Sedar tak sedar, dah sebulan aku buang masa ni.

Nak kata sibuk tolong mak kat dapur tak, nak kata sibuk hapdet blog apatah lagi. Sekadar dusta semata-mata.

Jadi berlandaskan niat nak isi masa, aku pun pegi la tengok muvi. 


Apa? Korang tanya kenapa aku tak isi masa kat mesjid je?


Ok fine, fine.


Jadi nak dijadikan cerita, aku pi Kay Ell sebab nak nengok filem Jems Bong tu. Sebelum pergi, dah siap  cek waktu tayangan filem tu kat dalam newspaper. Nampak tak kesungguhan di situ? Kalau la ada pawagam kat tempat tinggal aku ni, memang tak pikir apa dah la. Siap je pakai baju pagoda putih dengan seluar tiga suku, terus masuk panggung. Tapi sebab nak pegi tempat orang, kena la pakai elok sikit. Sikit je la, pesen baju orang baru habis kelas.


Jadi bila dah sampai Kay Ell tu, aku pun naik LRT. Pehtu kena tukar KTM pulak. KTM bukan Kesultanan Tanah Melayu ok, jangan salah faham. Kita bukan belajar sejarah. Kita tengah belajar cara nak pegi Mit Veli. So bila dah turun LRT tu, dengan yakinnya cari stesen KTM. Beberapa minit kemudian, aku dengan yakinnya faham yang aku dah sesat. Dalam keadaan genting dan cemas tu, aku terjumpa dengan seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Epi.

Epi seorang abang dan juga suami. Dia cuti hari tu, so dia takde hal nak tunjuk jalan ke KTM. Dia pun nak pegi tempat sama macam aku jugak. Epi ni tengok muka, macam baik je. Muka dia ni kalau pegi minum kat kedai, memang tak cabut lari sebelum bayar. Dia ni sangat friendly. Kira dia buat kita rasa macam dah kenal 5 tahun dah la. Nasib baik dia ada, kalau tak dah lepas ke Port Klang dah. Kat situ nak tengok wayang kat mana? Atas kargo?


So at the end of the day, muvi tu ok la kot. Kawan aku cakap, muvi tu boring. Aku angguk tanda setuju. Tapi review muvi tu bagus kot. Mesti Ahmad Idham cemburu. Jadi bersedia untuk tengok filem agen perisikan mat rempit pulak lepas ni.


Apa pengajaran yang kita dapat ambik dari entri kali ni? Yang pertama, jangan pakai t-shirt pagoda pegi Kay Ell. Kedua, masih ada manusia yang ikhlas menolong dalam dunia ni. Ketiga, fikir la sendiri. Lemak ah kalau semua nak orang suapkan.








p/s: Oh right, dah habis pengajian peringkat asasi.



Alhamdulillah.





Sunday, July 29, 2012

Setem

Kepada mak dan ayah yang tak akan baca entri ni.

Saya okay di sini, tak perlu risau.
Saya nak mintak maaf sebab tak selalu telefon mak ayah.
Ataupun balas misscall dan seangkatan dengannya.
Ataupun utuskan surat.
Zaman bila orang tulis surat ni?
Saya.. kredit saya low..

Oh ya, selamat menyambut bulan Ramadhan.
Tak perlu la beli juadah berbuka banyak-banyak, sebab saya tak ada situ, kan?
Kalau tak, dalam seminggu tu ada la ayam golek atas meja tu. Heheh.

Insyaallah tak lama lagi, saya akan balik.

Saya, rindu.


*****

Saturday, July 14, 2012

Kek Keladi

Buku Terminal Tiga atas meja.
Bersepah di antara figura kapal terbang dan buku mewarna.

Hari tu merupakan harijadi Fahmi. Umur dia dah 7 tahun. Gigi susu dah rongak.
Macam tahun-tahun sebelumnya, mesti ada kek.
Kek keladi.
Mak long Mah yang buat.

*********

Sekarang Fahmi dah berumur 19 tahun.
Gigi tak rongak dah, cuma misai tu kena cukur tetiap minggu.
Tapi satu benda yang tak berubah, keinginan dia terhadap kek keladi.

Bebudak sekarang mana pandang sangat dah kek camni. Ramai nak Secret Recipe je.

Misi: Cari isteri pandai buat kek. Ahem.