Sedar tak sedar, dah sebulan aku buang masa ni.
Nak kata sibuk tolong mak kat dapur tak, nak kata sibuk
hapdet blog apatah lagi. Sekadar dusta semata-mata.
Jadi berlandaskan niat nak isi masa, aku pun pegi la tengok
muvi.
Apa? Korang tanya kenapa aku tak isi masa kat mesjid je?
Ok fine, fine.
Jadi nak dijadikan cerita, aku pi Kay Ell sebab nak nengok filem Jems Bong tu. Sebelum
pergi, dah siap cek waktu tayangan filem
tu kat dalam newspaper. Nampak tak kesungguhan di situ? Kalau la ada pawagam
kat tempat tinggal aku ni, memang tak pikir apa dah la. Siap je pakai baju
pagoda putih dengan seluar tiga suku, terus masuk panggung. Tapi sebab nak pegi
tempat orang, kena la pakai elok sikit. Sikit je la, pesen baju orang baru
habis kelas.
Jadi bila dah sampai Kay Ell tu, aku pun naik LRT. Pehtu
kena tukar KTM pulak. KTM bukan Kesultanan Tanah Melayu ok, jangan salah faham.
Kita bukan belajar sejarah. Kita tengah belajar cara nak pegi Mit Veli. So
bila dah turun LRT tu, dengan yakinnya cari stesen KTM. Beberapa minit
kemudian, aku dengan yakinnya faham yang aku dah sesat. Dalam keadaan genting
dan cemas tu, aku terjumpa dengan seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Epi.
Epi seorang abang dan juga suami. Dia cuti hari tu, so dia
takde hal nak tunjuk jalan ke KTM. Dia pun nak pegi tempat sama macam aku
jugak. Epi ni tengok muka, macam baik je. Muka dia ni kalau pegi minum kat
kedai, memang tak cabut lari sebelum bayar. Dia ni sangat friendly. Kira dia
buat kita rasa macam dah kenal 5 tahun dah la. Nasib baik dia ada, kalau tak
dah lepas ke Port Klang dah. Kat situ nak tengok wayang kat mana? Atas
kargo?
So at the end of the day, muvi tu ok la kot. Kawan aku cakap, muvi tu boring.
Aku angguk tanda setuju. Tapi review muvi tu bagus kot. Mesti Ahmad Idham cemburu.
Jadi bersedia untuk tengok filem agen perisikan mat rempit pulak lepas ni.
Apa pengajaran yang kita dapat ambik dari entri
kali ni? Yang pertama, jangan pakai t-shirt pagoda pegi Kay Ell. Kedua, masih
ada manusia yang ikhlas menolong dalam dunia ni. Ketiga, fikir la sendiri.
Lemak ah kalau semua nak orang suapkan.
p/s: Oh right, dah habis pengajian peringkat asasi.
Alhamdulillah.
tahniah !
ReplyDelete:D
dah lama gila tak tngok muvie..huhu
ReplyDeletemohon pengajran ke 3. aku x cukup lemak ni..
ReplyDeletehahaha..
ok je aku rs nk tgk muvi pakai pagoda..tp x sejuk ke..? huhu..