Showing posts with label Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Fahmi. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Fahmi's Courage

Turns out, the only thing missing was only courage.

Courage to do better than others.
Courage to admit the capability of thyself.
Courage to express these bottled feelings.

If he's brave enough to better others,
If he believes strong enough in his capabilities,
If he expresses what he feels toward the girl of his dreams,

Then he would be happy.

Even though it's just for a short while,

He would be happy.

Saturday, February 18, 2012

--

Fahmi tak boleh berhenti sekarang.
Dia ada masalah sendiri.
Dia kesuntukan masa,
untuk meluahkan rasa dalam dirinya.
Dia kesunyian,
dan terlalu penat untuk berkata..

Dia ada masalah sendiri.
Dia tak akan luahkan kepada sesiapa,
Meskipun hatinya berkata sebaliknya..

Cukuplah tuhan sebagai tempat pengadu, buat masa ini.
Buat masa ini.




Monday, February 13, 2012

Kem Bukan Hobi Fahmi


Memang ada suasana tegang di antara part 1 dan part 2 pelajar pre-Law.
Fahmi sangat cakna tentang tu.

Hari tu ada kem memacu diri di Kuala Nerang, 1 tempat terpencil di Kedah. Fahmi bukannya suka sangat dengan idea kem tu..tapi disebabkan ia mandatori untuk semua pelajar part 1 pre-Law, dia pun pergi.

Masa kem tu, kurang dari 10 orang pelajar part 2 yang hadir.
Betul, mereka yang hadir kem tu akhirnya menjadi rapat.
Tapi bagaimana pula hubungan dengan mereka yang lain?

Ramai yang asyik menyalahkan pihak kedua.


Ego yang menjadi punca.

Salah orang nampak ketara,
Salah kita tak suara..

Sunday, February 5, 2012

Buku Biru

Sekali lagi Fahmi menyentuh buku biru itu.
Jika hendak ditafsir, mungkin sukar difahami.
Mungkin sukar dibaca.
Tapi dalam buku itulah terselitnya kisah hidup Fahmi sejak sekian lama.

Fahmi mencapai pen hitam, dan membuka halaman baru dalam buku itu.
Dia terus menulis, dan menulis.
Kertas buku itu telah bergerigi.
Terselit di dalamnya, seribu puisi.

Entah kenapa, entah bila
Buku itu mula menjadi peneman setianya.
Kebiasaannya, Fahmi hanya menulis namanya sendiri.

Tapi kebelakangan ini, ada nama baru yang muncul
Yang acap kali dizahirkan melalui tulisan.
Namanya, biarlah menjadi rahsia Fahmi.
Nama yang mengisi hati Fahmi.

Thursday, January 26, 2012

Malam tu Dia Berseorangan

"Weh, ko nak keluar kan?"
"A'ah..nak pi beli makanan jap. Awat?"
"Tolong belikan aku kuey tiaw kungfu, jangan ada sotong"
"Banyak songeh..aku kungfu dahi ko kang."

Amirul tamatkan perbualan dengan menghamburkan tawa. Fahmi hendak ke kedai makanan di luar kampus, kerana dewan makan di kolej Malinja masih tak buka. Memang raya sakan pekerja dewan makan tu. Nak kata Cina, pekerja situ hanya Melayu dah Bangla. Ke memang dewan makan tu dah tutup terus. Fahmi tak pasti. Yang pastinya, kebanyakan kedai Cina di sekitar bandar Sungai Petani dah mula beroperasi. Kedai Melayu yang masih dibuai suasana cuti. Dan mereka masih bertanya kenapa perniagaan Melayu sukar nak maju. Heh.

Jauh juga perjalanan dari bilik ke pintu masuk utama universiti tu, tapi Fahmi dah biasa. Lagipun, dia memang jenis yang suka menikmati suasana malam. Baginya, memang senang nak mencari ketenangan ketika kegelapan mengisi dunia. Cahaya siang hanya mengaburi matanya.

Setibanya Fahmi di kedai, dia duduk berseorangan. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Penuh dengan anak remaja bersembang, menikmati zaman muda mereka. "Menyesal pulak datang sensorang ni..bosan". Mata Fahmi sedang tertumpu kepada televisyen apabila seseorang menyedarkan dia dari terpaku melihat cerekarama.

"Makan apa dik?"
"Oh..hmmm. Kuey tiaw kungfu, dengan nasik goreng daging merah"
Punya la lama jalan, tak terfikir pulak nak order apa sebelum datang.
"Minum?"
"Tak..nak bungkus"
"Ok..ada apa lagi?"
"Takde..mekaseh kak."


Pandangan Fahmi kembali ke skrin kecil itu. Drama Melayu yang cliche. Orang kaya yang jahat, perempuan mekap tebal, heroin orang miskin dan teraniaya, yada yada. Oh dan juga, Fahmi belajar yang atas nama lakonan, tayang aurat tu tak apa. Atas nama duit, maruah boleh digadai. Di layar perak pun begitu, apatah lagi di dunia nyata? Fahmi bernafas di kala dunia sudah nazak, sudah tidak bermaya..

Sebab tu lah kiri kanan dia, penuh dengan pasangan kekasih sedang beradu manja. Bukan sekadar tangan  mereka yang bergesel.


Tapi benda tu dah jadi kebiasaan, kan? Memang budaya barat dah tak asing bagi kita, kan?

Fahmi segan. Segan dengan kelakuan saudara se-agamanya sendiri.

"Dik, semuanya 8 ringgit."

Fahmi berjalan berseorangan balik ke kampus. Dia tak pernah segan berjalan tanpa teman. Lebih baik dari berjalan berdua dengan yang bukan mahram, takut ditemani syaitan.

Monday, January 23, 2012

Kawan Fahmi


Tadi Fahmi terbangun. Malam dah lewat, dan Fahmi bercadang nak teruskan tidur. Tetapi mengingatkan pasukan kesayangannya, Arsenal, bakal menentang musuh ketat, dia bingkas bangun dan terus menuju ke Najath, warung mamak 24jam tu. Diikutkan, dia boleh saja nak tonton di rumah. Tapi Fahmi lebih suka menonton perlawanan di khalayak ramai, tenggelam dalam bingitan suara sokongan. Dia suka tu. 

Fahmi tunggang motornya. Jam tepat menunjuk pukul 12 malam. Dan seperti tahun-tahun terdahulu, letupan bunga api terus menerangi kegelapan malam. Chinese New Year. Fahmi tak pernah suka akan sambutan begini sejak kecil lagi. Bagi Fahmi, kegelapan malam itu sudah cukup indah. Cahaya bulan itu sudah cukup terang. Tak perlu dicemari dengan letupan cahaya yang hanya mencemari alam. Ya, dia seorang pencinta alam; seorang appreciator ciptaan tuhan.



Sampai saja di Najath, Fahmi tercari-cari rupa yang dia kenal. Tak kan lah nak duduk sensorang, ye dak? Tak sampai 5 saat, mata dia ternampak satu wajah yang dia kenali, wajah dari masa silam. Fahmi ternampak Zafran, kawan sekelas darjah 1 dulu. Bukan mereka tak rapat, tapi dalam setahun tu, ada la terserempak 3-4 kali. Mereka berlainan sekolah menengah dulu, dan semenjak habis SPM, inilah kali pertama mereka berjumpa kembali.

"Hoi Zafran!"
"Wah ko main hoi je..nasib baik ingat nama aku lagi..hehe"
"Tahan la dari ko..ntah ingat aku lagi ke tak" 
"Alah Fahmi, jangan nak buat tacing la kat sini..haha" 



Melihat Zafran sedang duduk dengan seorang rakannya, Fahmi join mereka. Zafran juga seorang penyokong tegar Arsenal. Perbualan mereka tak kekok. Mereka berbual seakan-akan mereka berjumpa setiap hari. Topik perbualan berubah dari tempat belajar, hingga impian hendak ke stadium Emirates. 2 jam berlalu tanpa sedar, dan Arsenal kalah. Siut. 

Begitulah masa, berlalu dengan cepat tanpa kita sedari. Tapi persahabatan tak pernah luput dek masa. Sebab itulah Fahmi tak menggunakan istilah "kawan lama". 

Tapi Fahmi tetap kecewa sebab Arsenal kalah.

"Kena bahan la jawabnya nanti kat kampus. Cis." - Fahmi bermonolog sendiri.