Monday, January 23, 2012

Kawan Fahmi


Tadi Fahmi terbangun. Malam dah lewat, dan Fahmi bercadang nak teruskan tidur. Tetapi mengingatkan pasukan kesayangannya, Arsenal, bakal menentang musuh ketat, dia bingkas bangun dan terus menuju ke Najath, warung mamak 24jam tu. Diikutkan, dia boleh saja nak tonton di rumah. Tapi Fahmi lebih suka menonton perlawanan di khalayak ramai, tenggelam dalam bingitan suara sokongan. Dia suka tu. 

Fahmi tunggang motornya. Jam tepat menunjuk pukul 12 malam. Dan seperti tahun-tahun terdahulu, letupan bunga api terus menerangi kegelapan malam. Chinese New Year. Fahmi tak pernah suka akan sambutan begini sejak kecil lagi. Bagi Fahmi, kegelapan malam itu sudah cukup indah. Cahaya bulan itu sudah cukup terang. Tak perlu dicemari dengan letupan cahaya yang hanya mencemari alam. Ya, dia seorang pencinta alam; seorang appreciator ciptaan tuhan.



Sampai saja di Najath, Fahmi tercari-cari rupa yang dia kenal. Tak kan lah nak duduk sensorang, ye dak? Tak sampai 5 saat, mata dia ternampak satu wajah yang dia kenali, wajah dari masa silam. Fahmi ternampak Zafran, kawan sekelas darjah 1 dulu. Bukan mereka tak rapat, tapi dalam setahun tu, ada la terserempak 3-4 kali. Mereka berlainan sekolah menengah dulu, dan semenjak habis SPM, inilah kali pertama mereka berjumpa kembali.

"Hoi Zafran!"
"Wah ko main hoi je..nasib baik ingat nama aku lagi..hehe"
"Tahan la dari ko..ntah ingat aku lagi ke tak" 
"Alah Fahmi, jangan nak buat tacing la kat sini..haha" 



Melihat Zafran sedang duduk dengan seorang rakannya, Fahmi join mereka. Zafran juga seorang penyokong tegar Arsenal. Perbualan mereka tak kekok. Mereka berbual seakan-akan mereka berjumpa setiap hari. Topik perbualan berubah dari tempat belajar, hingga impian hendak ke stadium Emirates. 2 jam berlalu tanpa sedar, dan Arsenal kalah. Siut. 

Begitulah masa, berlalu dengan cepat tanpa kita sedari. Tapi persahabatan tak pernah luput dek masa. Sebab itulah Fahmi tak menggunakan istilah "kawan lama". 

Tapi Fahmi tetap kecewa sebab Arsenal kalah.

"Kena bahan la jawabnya nanti kat kampus. Cis." - Fahmi bermonolog sendiri.


Monday, January 9, 2012

Kisah Angker di Malinja

Yo wasap.


Esok aku kena buat prezentesyen. Jadi sudah tentulah perkara paling waras untuk dilakukan sekarang ialah hapdet blog, ye dak? Tapi aku harus jugak ceritakan kisah seram ni. Kalau nak dikaitkan dengan Ju-On, aku boleh jamin yang hantu Ju-On tu sendiri masuk dalam tv balik bila dengor kisah aku ni.

Aku memang suka tulis gaya hiperbola. 



*********
Alkisah di satu malam yang sunyi sepi di kolej Malinja. Pukul 2 setengah pagi camtu, aku terbangun. Tetiba je rasa panas. Peh, dah banyak dosa gayanya ni. Jadi aku pun pi la bilik mandi. Kenapa aku pi bilik mandi? Tak kan la sebab nak main basikal..kalau nak join marathon logik juge.



Jadi time mandi tu, tetiba aku rasa seram sejuk. Aku terkedu bila nampak sehelai kain putih kat atas. Badan aku tetiba jadi kaku dan tak bermaya. Aku tolehkan pandangan serta-merta. Aku cuba nak resist, tapi aku tetap pandang ke atas kembali. Dan...dan rupanya tu spender mamat mana entah. Kalau korang nampak spender tu, kompem korang dihantui imej kulat spender tu. Tak tidor 2 bulan dibuatnya..



Sekian entri angker/sengal.

Aku tak suka prezentesyen ni nyah~





Friday, January 6, 2012

Dulu Es Pi Em Aku Enough Eat Je

Jadi pagi tadi aku bangun awal.
Apa? Ingat aku subuh pukul 9 pagi? Sungguh puaka persepsi kamu..

Oh ye..Kedah cuit hari Jumaat.
Tahu tak betapa lazatnya tidur sampai tengahhari time cuti ni?
Tapi tidak..selepas Subuh, sudah pasti aku membuat aktiviti berfaedah seperti melayari internet.
Kenapa korang tak anggap aku baca al-Quran? Cuba la bersangka baik sikit kat aku ni..hnsff hnsfff.

Bila bukak laptop tu, haruslah on Fesbuk.
Durjana punya Fesbuk.
And then, aku tengok yang isu Amalina Che Bakri ni masih tak selesai. 17A1 tu nyah..dulu aku degil, tak nak dengar cakap dia. Dia khabor yang dia guna jenama Stabilo masa jawab Es Pi Em. Hmmm..patutla result Es Pi Em aku tak dapar straight A's. Sebab aku guna pensil Noris rupanya..


Oh ye, nak dijadikan cerita, aku terjumpa gambor ni :




Sejak kebelakangan ni, makin ramai blogger gila traffik yang buat entri pasal Amalina ni.
Eh..tapi aku tulis pasal beliau jugak. Adakah aku gila traffik? Ni rasa nak sepak dahi sendiri ni.

Bukan, Maksud aku ramai blogger yang kutuk-kutuk si Amalina ni. Memang lah perkara boleh diselesaikan dengan mengutuk, kan? Duh. Si Amalina tu pun dah siap buat video untuk terangkan keadaan sebenar. Tapi aku tak tengok sebab brotben dah habis kuota. Jangan..jangan sedih untuk aku. Nanti aku turut sedih bersama..


"From the excellence of a man's Islam is to leave that which does not concern him." (Reported by Tirmidhi) 
Bila kita terlalu menyibuk hal orang, dan niat kita hanyalah untuk memburukkan lagi keadaan, tak bagus la camtu. Kalau betul-betul nak nasihati dia, cuba bagitahu dia secara peribadi. Tapi kalau setakat nak sebarkan hal dia sana sini semata-mata untuk dapatkan perhatian, tak payah la. Agama tak ajar kita camtu. Doakan sajalah supaya dia mengikut jalan yang benar, sesungguhnya itu lagi bagus dari membuka aib dia.


Jadi moralnya ialah, sila guna jenama Stabilo ye kawan-kawan. Mana tahu boleh dapat Poplet(4 flat).


...Tapi takdenye la kalau tetiap hari mengadap laptop tu! -sepak dahi sendiri-



Thursday, January 5, 2012

Tahun Baru, Mak Sama


Lama rasanya koi tak hapdet blog ni.

Gua sibuk tau!!

Oh ye. Rasanya tak terlambat kalau nak ucap Hepi New Year ni. Walaupun aku sambut new year dalam bas, tapi ia cukup bermakna kerana sebelah aku hari tu ialah seorang awek yang sangat comel. 

Tengok, tengok macam mana sifat kegatalan aku meningkat.



Jadi nak dibuat cerita, semalam merupakan besday seorang wanita yang paling aku hormati, yang paling aku sayangi. *titis air mata* Tapi malangnya, aku tak dapat selebret dengan beliau sebab, ye lah, Pahang tu bukan dekat. Kalau nak pergi balik, harga tiket bas dekat 100 hinggit tau! Cukup buat makan 3 minggu kalau beli nasik ekonomi 2 hinggit campur air kosong free. Tapi memang aku tak ikut plan tu la kan, sebab nafsu makan aku ni boleh tahan puaka.

Kalau dedulu, bukan la selebret besday beliau sangat. Tapi sebab berjauhan ni, terasa pulak nak selebret. Jadi aku call la beliau. Aku tanya "makan apa", "sihat tak", benda-benda yang cliche. Dan lepas habis borak tu, aku baru sedor yang sejak aku datang sini, jarang-jarang aku call mak atau ayah aku. Bukan tak sayang diorang..bukan aku lupa diorang...cuma..cuma...hnfff nhfffff cemana nak explain ni?

Insan yang aku tengah cerita ni ofkos la mak aku. Kalau ada antara korang yang ingat aku tengah cakap pasal awek, memang silap la. Silap. Sebab aku mana la ada berawek-awek ni.. Aku pernah bersayang-sayang dengan kucing je..tu pun beliau dah hilang. Lagipun, buat apa nak buat entri pasal cinta terhadap perempuan yang takde ikatan sah dengan aku? *pasrah~*

Aku berkeinginan nak menempel gambor mak aku kat entri ni. Tapi tu lah lupa pulok nak snap-snap gambor dengan beliau time cuti hari tu. Maklumlah, henset kamera aku ni dah nazak dah. Kalau korang bercadang nak buang tebiat, sila sedekahkan al-fatihah kat henset ni.

Tak perlu nak letok gambor besor-besor kat entri kali ni. Sebab aku rasa, gambor mak kat hati aku ni dah cukup besar, sama besar dengan kasih sayang dia terhadap aku. Eceh~



No matter how much love we have for our parents, their love for us would always be more.

Happy birthday, mak.