Monday, February 13, 2012

Kem Bukan Hobi Fahmi


Memang ada suasana tegang di antara part 1 dan part 2 pelajar pre-Law.
Fahmi sangat cakna tentang tu.

Hari tu ada kem memacu diri di Kuala Nerang, 1 tempat terpencil di Kedah. Fahmi bukannya suka sangat dengan idea kem tu..tapi disebabkan ia mandatori untuk semua pelajar part 1 pre-Law, dia pun pergi.

Masa kem tu, kurang dari 10 orang pelajar part 2 yang hadir.
Betul, mereka yang hadir kem tu akhirnya menjadi rapat.
Tapi bagaimana pula hubungan dengan mereka yang lain?

Ramai yang asyik menyalahkan pihak kedua.


Ego yang menjadi punca.

Salah orang nampak ketara,
Salah kita tak suara..

Sunday, February 5, 2012

Buku Biru

Sekali lagi Fahmi menyentuh buku biru itu.
Jika hendak ditafsir, mungkin sukar difahami.
Mungkin sukar dibaca.
Tapi dalam buku itulah terselitnya kisah hidup Fahmi sejak sekian lama.

Fahmi mencapai pen hitam, dan membuka halaman baru dalam buku itu.
Dia terus menulis, dan menulis.
Kertas buku itu telah bergerigi.
Terselit di dalamnya, seribu puisi.

Entah kenapa, entah bila
Buku itu mula menjadi peneman setianya.
Kebiasaannya, Fahmi hanya menulis namanya sendiri.

Tapi kebelakangan ini, ada nama baru yang muncul
Yang acap kali dizahirkan melalui tulisan.
Namanya, biarlah menjadi rahsia Fahmi.
Nama yang mengisi hati Fahmi.

Saturday, January 28, 2012

Ini Kisah Tam-Tam

Hari tu ada pendatang tanpa lesen P kereta datang melawat bilik.
Nama dia, Tam-Tam.

Siapa Tam-Tam?

Tam-Tam sangka dia berjaya menyelinap masuk tanpa disedari. Dia silap.


Ha tu dia Tam-Tam. Macam kaler negeri Pahang pun ada. Tapi kalau nak jadi maskot Pahang, kena lanyak gajah dulu. Sebab aku dan rumet dah bosan sangat tapi tak tau nak buat apa(padahal esainmen bertimbun), maka kami pun berjenaka la dengan kucing tu. Mangsa kami buat hari ni. Keh keh. Tapi bukan la gurau kasar. Gurau lembut je ahh..

Lepaih puas pet pet kucing ni, tanpa memberi makanan langsung, rumet yang sorang ni pasang mp3 yang ada bunyi anak kucing. Bunyi anak kucing tu menggambarkan yang ia sedang dalam kesusahan. Mungkin ia terjatuh dalam lubang parit, atau sekadar mengada. Mungkin.

Reaksi Tam-Tam? Dia jadi tak keruan. Dia mengiau sambil menggeledah bilik untuk mencari mana anak kucing yang tak wujud tu.

Dia tak berhenti mengiau, sekalipun mp3 itu berhenti dipasang.
Binatang yang tanpa akal pun, kenal erti kasih sayang.


Tapi ada wujudnya manusia yang hanya menoleh bila terdengar raungan orang lain.

Ini dunia akhir zaman.

Tak dapat menyembunyikan kekecewaan. Tak berjaya jumpa anak kucing..cis.

Thursday, January 26, 2012

Malam tu Dia Berseorangan

"Weh, ko nak keluar kan?"
"A'ah..nak pi beli makanan jap. Awat?"
"Tolong belikan aku kuey tiaw kungfu, jangan ada sotong"
"Banyak songeh..aku kungfu dahi ko kang."

Amirul tamatkan perbualan dengan menghamburkan tawa. Fahmi hendak ke kedai makanan di luar kampus, kerana dewan makan di kolej Malinja masih tak buka. Memang raya sakan pekerja dewan makan tu. Nak kata Cina, pekerja situ hanya Melayu dah Bangla. Ke memang dewan makan tu dah tutup terus. Fahmi tak pasti. Yang pastinya, kebanyakan kedai Cina di sekitar bandar Sungai Petani dah mula beroperasi. Kedai Melayu yang masih dibuai suasana cuti. Dan mereka masih bertanya kenapa perniagaan Melayu sukar nak maju. Heh.

Jauh juga perjalanan dari bilik ke pintu masuk utama universiti tu, tapi Fahmi dah biasa. Lagipun, dia memang jenis yang suka menikmati suasana malam. Baginya, memang senang nak mencari ketenangan ketika kegelapan mengisi dunia. Cahaya siang hanya mengaburi matanya.

Setibanya Fahmi di kedai, dia duduk berseorangan. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Penuh dengan anak remaja bersembang, menikmati zaman muda mereka. "Menyesal pulak datang sensorang ni..bosan". Mata Fahmi sedang tertumpu kepada televisyen apabila seseorang menyedarkan dia dari terpaku melihat cerekarama.

"Makan apa dik?"
"Oh..hmmm. Kuey tiaw kungfu, dengan nasik goreng daging merah"
Punya la lama jalan, tak terfikir pulak nak order apa sebelum datang.
"Minum?"
"Tak..nak bungkus"
"Ok..ada apa lagi?"
"Takde..mekaseh kak."


Pandangan Fahmi kembali ke skrin kecil itu. Drama Melayu yang cliche. Orang kaya yang jahat, perempuan mekap tebal, heroin orang miskin dan teraniaya, yada yada. Oh dan juga, Fahmi belajar yang atas nama lakonan, tayang aurat tu tak apa. Atas nama duit, maruah boleh digadai. Di layar perak pun begitu, apatah lagi di dunia nyata? Fahmi bernafas di kala dunia sudah nazak, sudah tidak bermaya..

Sebab tu lah kiri kanan dia, penuh dengan pasangan kekasih sedang beradu manja. Bukan sekadar tangan  mereka yang bergesel.


Tapi benda tu dah jadi kebiasaan, kan? Memang budaya barat dah tak asing bagi kita, kan?

Fahmi segan. Segan dengan kelakuan saudara se-agamanya sendiri.

"Dik, semuanya 8 ringgit."

Fahmi berjalan berseorangan balik ke kampus. Dia tak pernah segan berjalan tanpa teman. Lebih baik dari berjalan berdua dengan yang bukan mahram, takut ditemani syaitan.