Friday, May 4, 2012

Mak Dia

Tak ingat hari tu hari ape..tapi yang pasti, dalam bulan Mac la. Fikir dia sendirian. Dia ingat pun sebab bulan tu bulan final exam untuk sem lepas, dan beberapa hari selepas stadiwik mula.

Stadiwik tak lama, nama pun week kan, kompem lah seminggu je. Ye murid-murid, cikgu tengah terangkan balik fakta yang korang dah tau ni. Ye lah, nama pun manusia ni nisyan kan. Nampak tak nampak tak niat murni di situ? Dan aplikasi pembelajaran kelas agama yang bernas!

Puji diri sendiri pulak.


Kalau diikutkan, memang dia tak nak balik rumah time stadiwik tu. Ye lah, ingat Kedah-Pahang tu dekat? Buatnya terasa perut memulas dalam bas, tak ke naya. Kena tinggal kat Sungai Siput kang, mau kena culik dek orang bunian. 



Jadi, teruskan. Dia balik ada sebab. Sebab mak dia. Alolo manjanya bunyi kan? Memang..memang dia sayang mak dia. Sebab tu dia balik, sebab mak dia baru je jalani pembedahan beberapa hari lepas. Pembedahan minor je, tapi cukup untuk buat dia harungi perjalanan bas yang start pukul 11 malam and sampai rumah pukul 9 pagi tu. Mana taknya, bas tu bukan terus sampai kawasan rumah sendiri. Kena stop kat KL dulu, and then tunggu pukul 7 baru ada bas balik rumah. Tapi perjalanan kali tu..tak terasa penat pun. Sebab ada perasaan yang lebih kuat pada diri dia hari tu.

Dengan eyebag nye dengan gigi tak bergosoknye, dia sampai rumah. Dari luar pagar tu dia boleh nampak dah bayangan orang tengah duduk atas kerusi, macam menunggu seseorang. Dan betullah, orang tu mak dia. Orang yang jaga dia dari kecik, orang yang jaga pakaian makanan dia, segala apa benda, memang cukup. Dan orang yang dulunya berdiri sendiri tu sekarang bertongkat. Dan rasa syahdu yang tiba-tiba hadir dalam hati si anak memang bukan dibuat-buat. Tapi air mata yang rasa nak keluar tu ditelan hidup-hidup.


Lepas bagi salam tu, mak dia tanya. "Hai..awal balik?"
"Biasa la, bosan dok utara nuh"

Si anak pun mencium tangan maknya. Surely, home is where mom is. Walau tengah mamai tu, deria dia masih berfungsi. Terhidu bau nasik lemak mak yang memang menjadi pebret dia sejak kecik lagi. Dalam keadaan sakit macam tu pun mak masih sedaya upaya masak untuk dia. 


Kalau tak kuat, dah berderai dah air mata ni.


Seperti yang dikhabarkan melalui SMS kepada dia ketika di Kedah, memang keadaan mak stabil. There's nothing to be worried about, really. Tak perlu balik rumah pun. Tapi tu bukan yang merunsingkan dia sebenarnya, cuma.. kalau-kalau perkara yang lebih teruk jadi, siapa nak jaga mak? Ayah boleh..buat masa ni. 

Buat masa ni. Esok?



Tanggungjawab seorang lelaki ni berat, nak-nak lagi kalau adik-beradik lain semua perempuan. 

Dia stay kat rumah tak lama, lebih kurang 2 hari je. Cukuplah lepas rasa susah hati nak tengok mak. Nak jugak tengok sendiri tu. Doktor kata lepas seminggu mak dah tak payah guna tongkat dah. Sempatlah jugak tolong mak ke sini ke sana dalam rumah, sempatlah masak bubur, cukuplah masa untuk buat sesuatu yang baik untuk dia. Tapi takkan terbalas jasa yang mak dah beri kepada dia. Tak akan, sampai bila-bila.


Kalau ikutkan memang dia nak stay je kat rumah. Tapi dah nama pun stadiwik. Tak payah masuk dewan periksa la kalo tak stadi. Kalau stadi kat rumah ni, alamatnya tak stadi lah. Banyak sangat distractions nye. Jadi dia pun naik la lagi bas malam menuju utara. Sambil jenguk-jenguk luar tingkap sebelum bas bertolak tu, nampak mak dan ayah tersenyum. Tak lama lepas tu, pipi rasa hangat tiba-tiba. Nasib baik lampu bas tak bercahaya.

Masa stadiwik tu, dia ni..memang lain betul. Sampai ke pagi menatap buku lagi. Masa zaman sekolah dulu jangan haraplah. Pegi sekolah pun selalu je tinggal buku. Mungkin sekarang ni dah wujud sikit kesedaran dalam diri dia. Kesedaran yang patutnya dah lama ada. Sedar yang mak sentiasa nak anaknya buat yang terbaik. Selama ni dia tahu, tapi dia tak sedar. Dan berbekalkan kesedaran tu, dia selak buku pelajaran tu satu demi satu...





4 comments: