Thursday, January 26, 2012

Malam tu Dia Berseorangan

"Weh, ko nak keluar kan?"
"A'ah..nak pi beli makanan jap. Awat?"
"Tolong belikan aku kuey tiaw kungfu, jangan ada sotong"
"Banyak songeh..aku kungfu dahi ko kang."

Amirul tamatkan perbualan dengan menghamburkan tawa. Fahmi hendak ke kedai makanan di luar kampus, kerana dewan makan di kolej Malinja masih tak buka. Memang raya sakan pekerja dewan makan tu. Nak kata Cina, pekerja situ hanya Melayu dah Bangla. Ke memang dewan makan tu dah tutup terus. Fahmi tak pasti. Yang pastinya, kebanyakan kedai Cina di sekitar bandar Sungai Petani dah mula beroperasi. Kedai Melayu yang masih dibuai suasana cuti. Dan mereka masih bertanya kenapa perniagaan Melayu sukar nak maju. Heh.

Jauh juga perjalanan dari bilik ke pintu masuk utama universiti tu, tapi Fahmi dah biasa. Lagipun, dia memang jenis yang suka menikmati suasana malam. Baginya, memang senang nak mencari ketenangan ketika kegelapan mengisi dunia. Cahaya siang hanya mengaburi matanya.

Setibanya Fahmi di kedai, dia duduk berseorangan. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Penuh dengan anak remaja bersembang, menikmati zaman muda mereka. "Menyesal pulak datang sensorang ni..bosan". Mata Fahmi sedang tertumpu kepada televisyen apabila seseorang menyedarkan dia dari terpaku melihat cerekarama.

"Makan apa dik?"
"Oh..hmmm. Kuey tiaw kungfu, dengan nasik goreng daging merah"
Punya la lama jalan, tak terfikir pulak nak order apa sebelum datang.
"Minum?"
"Tak..nak bungkus"
"Ok..ada apa lagi?"
"Takde..mekaseh kak."


Pandangan Fahmi kembali ke skrin kecil itu. Drama Melayu yang cliche. Orang kaya yang jahat, perempuan mekap tebal, heroin orang miskin dan teraniaya, yada yada. Oh dan juga, Fahmi belajar yang atas nama lakonan, tayang aurat tu tak apa. Atas nama duit, maruah boleh digadai. Di layar perak pun begitu, apatah lagi di dunia nyata? Fahmi bernafas di kala dunia sudah nazak, sudah tidak bermaya..

Sebab tu lah kiri kanan dia, penuh dengan pasangan kekasih sedang beradu manja. Bukan sekadar tangan  mereka yang bergesel.


Tapi benda tu dah jadi kebiasaan, kan? Memang budaya barat dah tak asing bagi kita, kan?

Fahmi segan. Segan dengan kelakuan saudara se-agamanya sendiri.

"Dik, semuanya 8 ringgit."

Fahmi berjalan berseorangan balik ke kampus. Dia tak pernah segan berjalan tanpa teman. Lebih baik dari berjalan berdua dengan yang bukan mahram, takut ditemani syaitan.

5 comments:

  1. nk jdi pelakon, kna tayang semua.
    baru ada tarikan.

    heh

    ReplyDelete
  2. bgusnye fahmi nie..ermm cite mlayu skrg kalah cite omputeh

    ReplyDelete
  3. hehe..bez cite ni...:) fahmi ni bgus..:)

    ReplyDelete