Thursday, January 5, 2012

Tahun Baru, Mak Sama


Lama rasanya koi tak hapdet blog ni.

Gua sibuk tau!!

Oh ye. Rasanya tak terlambat kalau nak ucap Hepi New Year ni. Walaupun aku sambut new year dalam bas, tapi ia cukup bermakna kerana sebelah aku hari tu ialah seorang awek yang sangat comel. 

Tengok, tengok macam mana sifat kegatalan aku meningkat.



Jadi nak dibuat cerita, semalam merupakan besday seorang wanita yang paling aku hormati, yang paling aku sayangi. *titis air mata* Tapi malangnya, aku tak dapat selebret dengan beliau sebab, ye lah, Pahang tu bukan dekat. Kalau nak pergi balik, harga tiket bas dekat 100 hinggit tau! Cukup buat makan 3 minggu kalau beli nasik ekonomi 2 hinggit campur air kosong free. Tapi memang aku tak ikut plan tu la kan, sebab nafsu makan aku ni boleh tahan puaka.

Kalau dedulu, bukan la selebret besday beliau sangat. Tapi sebab berjauhan ni, terasa pulak nak selebret. Jadi aku call la beliau. Aku tanya "makan apa", "sihat tak", benda-benda yang cliche. Dan lepas habis borak tu, aku baru sedor yang sejak aku datang sini, jarang-jarang aku call mak atau ayah aku. Bukan tak sayang diorang..bukan aku lupa diorang...cuma..cuma...hnfff nhfffff cemana nak explain ni?

Insan yang aku tengah cerita ni ofkos la mak aku. Kalau ada antara korang yang ingat aku tengah cakap pasal awek, memang silap la. Silap. Sebab aku mana la ada berawek-awek ni.. Aku pernah bersayang-sayang dengan kucing je..tu pun beliau dah hilang. Lagipun, buat apa nak buat entri pasal cinta terhadap perempuan yang takde ikatan sah dengan aku? *pasrah~*

Aku berkeinginan nak menempel gambor mak aku kat entri ni. Tapi tu lah lupa pulok nak snap-snap gambor dengan beliau time cuti hari tu. Maklumlah, henset kamera aku ni dah nazak dah. Kalau korang bercadang nak buang tebiat, sila sedekahkan al-fatihah kat henset ni.

Tak perlu nak letok gambor besor-besor kat entri kali ni. Sebab aku rasa, gambor mak kat hati aku ni dah cukup besar, sama besar dengan kasih sayang dia terhadap aku. Eceh~



No matter how much love we have for our parents, their love for us would always be more.

Happy birthday, mak.




2 comments:

  1. Emak Amir, Selamat Hari Lahir :)

    ikhlas,
    dill yg ensem.

    ReplyDelete
  2. comel nyewwwwww
    kirim salam kat mak amir ye. xD

    ReplyDelete