Friday, January 6, 2012

Dulu Es Pi Em Aku Enough Eat Je

Jadi pagi tadi aku bangun awal.
Apa? Ingat aku subuh pukul 9 pagi? Sungguh puaka persepsi kamu..

Oh ye..Kedah cuit hari Jumaat.
Tahu tak betapa lazatnya tidur sampai tengahhari time cuti ni?
Tapi tidak..selepas Subuh, sudah pasti aku membuat aktiviti berfaedah seperti melayari internet.
Kenapa korang tak anggap aku baca al-Quran? Cuba la bersangka baik sikit kat aku ni..hnsff hnsfff.

Bila bukak laptop tu, haruslah on Fesbuk.
Durjana punya Fesbuk.
And then, aku tengok yang isu Amalina Che Bakri ni masih tak selesai. 17A1 tu nyah..dulu aku degil, tak nak dengar cakap dia. Dia khabor yang dia guna jenama Stabilo masa jawab Es Pi Em. Hmmm..patutla result Es Pi Em aku tak dapar straight A's. Sebab aku guna pensil Noris rupanya..


Oh ye, nak dijadikan cerita, aku terjumpa gambor ni :




Sejak kebelakangan ni, makin ramai blogger gila traffik yang buat entri pasal Amalina ni.
Eh..tapi aku tulis pasal beliau jugak. Adakah aku gila traffik? Ni rasa nak sepak dahi sendiri ni.

Bukan, Maksud aku ramai blogger yang kutuk-kutuk si Amalina ni. Memang lah perkara boleh diselesaikan dengan mengutuk, kan? Duh. Si Amalina tu pun dah siap buat video untuk terangkan keadaan sebenar. Tapi aku tak tengok sebab brotben dah habis kuota. Jangan..jangan sedih untuk aku. Nanti aku turut sedih bersama..


"From the excellence of a man's Islam is to leave that which does not concern him." (Reported by Tirmidhi) 
Bila kita terlalu menyibuk hal orang, dan niat kita hanyalah untuk memburukkan lagi keadaan, tak bagus la camtu. Kalau betul-betul nak nasihati dia, cuba bagitahu dia secara peribadi. Tapi kalau setakat nak sebarkan hal dia sana sini semata-mata untuk dapatkan perhatian, tak payah la. Agama tak ajar kita camtu. Doakan sajalah supaya dia mengikut jalan yang benar, sesungguhnya itu lagi bagus dari membuka aib dia.


Jadi moralnya ialah, sila guna jenama Stabilo ye kawan-kawan. Mana tahu boleh dapat Poplet(4 flat).


...Tapi takdenye la kalau tetiap hari mengadap laptop tu! -sepak dahi sendiri-



3 comments:

  1. amir, hep! bace buku.

    lalala~

    dill.

    ReplyDelete
  2. amir ! hai : )

    betul2 . ain setuju . kan ke elok kalau kte tegur dia secara baik . mungkin dia akan lebih terbuka hati untuk berubah . tak baik mengaibkan dia .

    pensel stabilo pensel favourite ain . pensel noris jahat ! sebab dia amir tak dpt straight A's . heee . kidding :P

    ReplyDelete
  3. aku bole tolong sepak dahi ko..

    hahahah...

    ReplyDelete